Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersedia menggerakkan semula Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Outreach untuk pemberian dos penggalak jika diperlukan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, keperluan itu bagaimanapun bergantung kepada permintaan Kementerian Kesihatan (KKM). 

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penutup MOVAK Outreach 2.0 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan, Alor Gajah.
 
MOVAK Outreach 2.0 telah mula dilaksana di Melaka pada 13 Oktober dan berakhir hari ini.
 
Sehingga 24 Oktober, 33,36 dos vaksin kedua telah diberikan kepada remaja di negeri itu melibatkan 20 bas di 10 lokasi Pusat Pemberian vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini