Kerajaan sedia meneliti cadangan agar pemaju projek perumahan bertingkat atau berstrata membina penghadang yang lebih tinggi bagi mengelakkan risiko kanak-kanak terjatuh dari bangunan.

Jelas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, ia mungkin melibatkan kos tambahan, namun wajar dibincangkan demi keselamatan jangka panjang.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman, MoU antara SW Corp dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd di Putrajaya.

Pada 16 dan 17 november lalu, dua kanak-kanak MAUT dipercayai terjatuh dari kediaman mereka, masing-masing di kondominium di Jalan Ipoh dan Gombak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini