Operasi pemantauan premis syarikat kredit komuniti berlesen di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilaksanakan di sekitar Selangor.

Ia bagi mengikis persepsi orang awam yang sering mengaitkan Syarikat Kredit Komuniti Berlesen itu dengan kegiatan Ah Long, lintah darat atau kongsi gelap.

Ketua Cawangan Siasatan dan Pemantauan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti (BKK) KPKT, ACP Mohd Fauzi Hassan memaklumkan, 335 aduan diterima tahun lalu berkaitan kesalahan dilakukan syarikat kredit komuniti.

189 daripadanya tidak menghantar atau lewat menghantar rekod transaksi tahunan. 

Pihaknya membuka 306 kertas siasatan ke atas aduan diterima.

172 masih dalam siasatan sementara, 122 kes dikompaun dan 12 dituduh atas pelbagai kesalahan.

Pada masa ini terdapat 4,870 premis syarikat kredit komuniti yang berdaftar di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini