Kementerian Pembangunan Luar Bandar  akan membiayai pembinaan semula rumah penduduk terjejas banjir di luar bandar yang rosak dan tidak boleh diduduki.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, RM56,000 diperuntukkan bagi membina setiap unit rumah baharu manakala RM15,000 untuk membaik-pulih.  

Jelas beliau, keutamaan akan diberi kepada penduduk terjejas yang berada di kawasan luar bandar dan golongan yang layak.

Tambah Datuk Seri Mahdzir, bancian jumlah rumah perlu diperbaiki dan dibina semula sedang dilakukan.

Beliau ditemui media selepas meninjau kawasan banjir dan menyampaikan sumbangan di Kampung Batu Kapor, Mentakab.
 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini