Kementerian Pembangunan Luar Bandar kini dalam proses memasang jambatan mudah alih sementara (Bailey Bridge) untuk kemudahan penduduk Kampung Setol, Yan, Kedah.

Ia bagi mengantikan jambatan yang runtuh akibat bencana kepala air 18 Ogos lepas. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu membuat rekabentuk terlebih dahulu sebelum proses tender dijalankan.

Khamis lepas, 500 penduduk dilaporkan menggesa kerajaan mempercepatkan pembinaan jambatan baharu selepas runtuh akibat tragedi 18 Ogos itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini