Kira-kira RM30 juta diperuntuk bagi pembaikan segera kerosakan jalan utama dari Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling, di Kuala Tahan, Jerantut. Ini bagi memastikan jalan itu selamat digunakan penduduk.

Sebelum ini media pernah melaporkan keresahan kira-kira 2,000 penduduk beberapa kampung di Ulu Tembeling, yang bimbang terputus hubungan kerana jalan yang mendap dan runtuh, selain berbahaya kepada pengguna jalan raya, terutama di waktu malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini