Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan jadual baharu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2021) dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, berkata KPM menerima banyak pandangan daripada ibu bapa dan calon berkaitan jadual SPM berkenaan.

Perbincangan bersama Lembaga Peperiksaan dan pengurusan tertinggi KPM dilakukan untuk melihat, mengambil tindakan sewajarnya dan menganalisis satu persatu pandangan.

Media sebelum ini melaporkan terdapat pihak yang meminta jadual SPM 2021 yang akan berlangsung pada 3 hingga 20 Mac 2022 dikaji semula, terutama kertas peperiksaan yang diadakan pada hari Jumaat dan Ahad.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini