Kementerian Pendidikan akan membuat kajian bagi mengenal pasti punca 10,681 calon tidak hadir untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia perlu memandangkan kohort SPM 2021 paling terkesan dengan pandemik COVID-19.

Seramai 9,037 orang (2.30 peratus) yang tidak hadir terdiri daripada calon sekolah Kementerian Pendidikan, sekolah agensi kerajaan, sekolah menengah agama negeri, sekolah swasta dan calon sekolah menengah agama rakyat.

Manakala, 1,644 atau 0.42 peratus lagi adalah calon persendirian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini