Kementerian Pendidikan, KPM akan mengumumkan keputusan penggunaan sekolah menengah bagi urusan Pilihan Raya Umum, PRU Dewan Negeri Johor sebaik kata sepakat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR dicapai.
 
Timbalan Menteri Pendidikan Dua, Datuk Mohamad Alamin berkata, setakat ini, perbincangan lanjut masih dibuat kedua-dua pihak berhubung perkara itu.

Beliau berkata, perbincangan tertumpu kepada penggunaan fasiliti sekolah menengah untuk pilihan raya semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM berlangsung.
 
Mengenai isu kekurangan guru di Johor, KPM katanya, masih mengumpul data terkini bagi menyelesaikan isu tersebut.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bersama Pejabat Pendidikan Daerah, PPD Kluang di Kluang, Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini