Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan 10 peratus sampel saringan Covid-19 secara mingguan menerusi kaedah penggiliran. Ujian berkenaan bakal dilaksana ke atas murid sekolah rendah setiap Rabu pada hari persekolahan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menerusi kenyataan memaklumkan KPM telah membekalkan kit ujian kendiri Covid-19 ke sekolah rendah di bawahnya.

Inisiatif itu bagi memastikan ujian saringan dapat dijalankan sebagaimana tatacara pelaksanaan ujian kendiri yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

KPM akan mengeluarkan surat pemakluman berkenaan pelaksanaan saringan bergilir Covid-19 tersebut. Beliau turut menyarankan agar ketetapan itu terpakai di semua sekolah rendah dan institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini