Sebanyak 263,662 naskhah buku teks dilaporkan musnah akibat banjir melibatkan, 14,422 orang murid di seluruh negara.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Md Jidin, kesemua murid berkenaan akan diberi bekalan buku teks gantian.

Jelas beliau, kementeriannya mempunyai bekalan mencukupi untuk menggantikan buku yang rosak, bagi membolehkan murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran minggu hadapan.

Sesi persekolahan kekal dibuka pada 9 Januari bagi sekolah-sekolah kumpulan A, manakala 10 Januari bagi sekolah-sekolah kumpulan B.

Bagaimanapun, bagi sekolah-sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara, hanya akan dibuka untuk sesi persekolahan, setelah bersedia beroperasi semula.##

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini