Sebanyak 263,662 naskhah buku teks dilaporkan musnah akibat banjir melibatkan, 14, 422 orang murid di seluruh negara.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Md Jidin, kesemua murid berkenaan akan diberi bekalan buku teks gantian.

Jelas beliau, kementeriannya mempunyai stok mencukupi untuk menggantikan buku yang rosak, bagi membolehkan pelajar mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran minggu hadapan.

Beliau bercakap melalui laman facebooknya, mengulas berkaitan kelengkapan buku teks murid terjejas banjir.

Sesi persekolahan kekal dibuka pada 9 Januari bagi sekolah-sekolah kumpulan A, manakala 10 Januari bagi sekolah-sekolah kumpulan B.

Bagaimanapun, bagi sekolah-sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara, hanya akan dibuka untuk sesi persekolahan, setelah bersedia untuk beroperasi semula.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini