Siasatan penuh masih dijalankan bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu tular seorang guru, diasingkan di bilik simpanan stor tukang cuci oleh pihak sekolah di Ipoh, Perak, kerana belum menerima vaksin COVID-19.

Timbalan Menteri Pendidikan 1,  Datuk Dr Mah Hang Soon berkata orang ramai diminta tidak memperbesarkan perkara itu, dan perlu menunggu laporan hasil siasatan kementerian bersama pihak-pihak berkaitan.

Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud dilaporkan berkata hasil siasatan penuh dan terperinci Jabatan Pendidikan Negeri, telah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini