Menteri Kanan Pendidikan,Datuk Dr Radzi turut menyatakan komitmen KPM dalam memastikan baki 12 peratus kekosongan guru akan diisi bagi menampung kekurangan guru di sekolah sekolah seluruh negara.

Angka itu merupakan baki 88-peratus yang mampu dipenuhi KPM daripada pengambilan 18,702 yang dilaksana Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Datuk Dr Radzi Jidin turut menjelaskan pihaknya sentiasa berbincang dengan Suruhanjaya Pendidikan agar kekosongan jawatan perguruan dapat diminimumkan.

Dalam masa sama beliau juga memberi jaminan isu keperluan kerja-kerja pembaikan perumahan guru-guru khasnya di luar bandar akan diambil perhatian untuk tindakan selanjutnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini