Kementerian Pendidikan (KPM) komited memastikan sesi persekolahan secara bersemuka untuk sesi 2022 dapat dilaksanakan sepanjang tahun ini melalui pelaksanaan beberapa inisiatif, antaranya berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti pengudaraan yang baik.

Menterinya Datuk Dr Radzi Jidin berkata pihaknya juga akan sentiasa mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan pelajar dapat hadir ke sekolah walaupun menyedari terdapat risiko peningkatan jangkitan COVID-19.

Beliau menjelaskan, KPM telah meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah memastikan SOP sentiasa dipatuhi terutama pemakaian pelitup muka dan pengudaraan.

KPM yakin dengan kerjasama ibu bapa, anak-anak dan sekolah, pelajar-pelajar akan dapat terus hadir secara bersemuka untuk tahun 2022.

Beliau berkata demikian  selepas Majlis Wadah Aspirasi Menteri Kanan Pendidikan di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini