Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju melanjutkan pengecualian sewaan kantin di sekolah bagi tempoh 6 bulan bermula Januari hingga Jun 2022.

Bagi tempoh itu juga, KPM turut melanjutkan pengecualian sewaan premis atau ruang lain seperti kedai buku, koperasi sekolah, kedai dobi serta mesin air dan makanan layan diri di sekolah kelolaan KPM.

KPM yakin pelanjutan pengecualian sewaan ini dapat meringankan beban kewangan pengusaha kantin dan penyewa premis atau ruang di sekolah bawah KPM.

Dalam perkembangan sama, secara keseluruhan bagi tahun 2020 dan 2021, Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan kepada pengusaha kantin sekolah.

Antara inisiatif  bantuan yang telah disalurkan Bantuan RM1,500 kepada pengusaha kantin sekolah bawah KPM pada tahun 2020.

Pengecualian pembayaran sewaan kantin sekolah bawah KPM bagi bulan Mac 2020 hingga November 2020.

Bantuan RM1,000.00 kepada pengusaha kantin sekolah melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada tahun 2021.

Pengecualian pembayaran sewaan kantin sekolah bawah KPM bagi Januari 2021 hingga Disember 2021 dan penyambungan kontrak sewaan kantin secara automatik untuk tempoh satu (1) tahun bagi kontrak asal yang tamat pada tahun 2021 dan 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini