Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju melanjutkan pengecualian sewaan kantin bagi tempoh enam bulan bermula Januari hingga Jun ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata lanjutan pengecualian sewaan juga diberikan untuk tempoh sama bagi sewaan premis, kedai buku, koperasi, kedai dobi, mesin minuman air di sekolah di bawah KPM.

Langkah itu bakal memanfaatkan lebih 10,000 pengusaha kantin sekolah di seluruh negara.

Beliau turut memaklumkan KPM menerima banyak permohonan pengusaha kantin sebelum ini yang meminta supaya diberi sekali lagi pengecualian sewaan kantin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini