Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih berupaya memantau dengan baik penularan pandemik COVID-19 khususnya di sekolah berasrama dan asrama penuh.

Ini kerana kementerian amat teliti dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) ke atas murid yang tinggal di asrama yang berpotensi mengalami jangkitan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata ketika ini hampir keseluruhan pelajar sekolah telah mendapatkan vaksin.

Jumlah kluster aktif di institusi pendidikan KPM kini melibatkan 21 sekolah dan membabitkan 287 murid. 

Manakala 179 adalah murid tadika swasta yang berdaftar di bawah KPM.
 
Mengenai situasi di Sekolah seri Puteri di Cyberjaya, Datuk Dr. Radzi berkata pendekatan yang diambil Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dalam memastikan pelajar dan guru sekolah adalah selamat dan dikuarantin dengan baik.
 
Ia bagi memastikan penularan COVID-19 dapat diminimumkan.
 
Beliau bercakap kepada media di Jitra, Kedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini