Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM tidak bercadang mengkaji semula Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM.
Jelas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, sebaliknya kementerian itu akan meneliti faktor calon gagal dalam subjek tersebut pada SPM tahun lalu. Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Pengumuman Sasterawan Negara Ke-15.