Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam perancangan untuk mempertingkat kemahiran Mediator Komuniti sehingga berjaya ke peringkat Kaunselor. Ke arah itu, KPN bakal menjalin kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan beberapa buah institusi pengajian tinggi tempatan lain.

Ketika ini lebih 1,000 Mediator Komuniti berdaftar ditempatkan di lokasi yang memiliki Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang berperanan menyelesaikan konflik masyarakat. Dalam perkembangan lain, mengenai KPI 100 hari kementeriannya, Datuk Halimah berkata KPN berjaya mencapai sasaran ditetapkan malah lebih baik daripada disasarkan.

Tahun hadapan KPN bakal melancarkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan melaksanakan KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 yang dilancarkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Pelan induk program perpaduan menggariskan 57 program bagi mencapai lima teras strategik antaranya memelihara sistem demokrasi Raja Berperlembagaan dan membentuk masyarakat yang menghargai perpaduan.            

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini