Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menggesa pengusaha ladang
sawit untuk mengoptimumkan penggunaan baja sisa organik bagi menggantikan baja berasaskan kimia.

Menurut Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, inisiatif itu ekoran kenaikan harga baja yang mencecah sehingga 60 peratus daripada jumlah kos pengeluaran minyak sawit.

Selain dapat memberi pulangan kepada pengusaha ladang, penggunaan
baja sisa organik juga dilihat membantu dalam aspek keselamatan makanan,

Kementerian turut menggalakkan pengusaha ladang mengoptimumkan penggunaan tanah dengan melaksanakan menanaman berselang bagi memperbaiki mutu kesihatan ekosistem dan kesuburan tanah,

KPPK turut membuka permohonan dua insentif Skim Pertanian Bersepadu Kelapa Sawit (ITa) dan Skim PembiayaanMudah Agro Bank-MPOB.

Insentif tanaman selingan itu bertujuan menggalakkan pemilik ladang mempelbagaikan sumber pendapatan melalui tanaman kontan dan mengoptimumkan penggunaan tanah di samping meringankan kos pengeluaran akibat kenaikan harga baja.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini