Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mensasarkan nilai eksport bagi sektor agrikomoditi RM204 billion menjelang akhir tahun ini.

Menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, dengan kemasukan pekerja asing untuk sektor sawit pada November depan bakal membantu meningkatkan hasil sawit sehingga 40 peratus.

Beliau berkata demikian dalam sidang media PROGRAM #KELUARGAMALAYSIA: MINGGU AGRIKOMODITI 2021 @ MYKOMODITI 2021 di Putrajaya.

Sehingga Ogos 2021, nilai eksport bagi sektor tersebut telah mencapai lebih RM137 billion ringgit dimana subsektor sawit telah mencatatkan sebanyak RM63.7 billion ringgit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini