Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, KPPK menyumbangkan lebih RM500,000 bagi membantu penduduk terjejas banjir di 50 buah kampung sekitar Selangor termasuk di Pahang.

Misi Bantuan Pasca Banjir KPPK anjuran bersama Majlis Getah Malaysia, MRC itu menyumbang bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM500 untuk satu keluarga selain memberi barangan asas seperti peralatan dapur dan tilam.

Jelas Ketua Setiausaha KPPK, Datuk Ravi Muthayah, program yang menghimpunkan seramai 600 sukarelawan yang terdiri daripada NGO dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi itu direalisasikan hasil sumbangan derma agensi dan pekerja di bawah Kementeriannya.


Beliau berkata demikian dalam Misi Bantuan Pasca Banjir KPPK di Kampung Asahan, Kuala Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini