Kementerian Pengajian Tinggi, KPT menyasarkan tempoh lima tahun bagi memperbaiki dan menaik taraf kualiti bolasepak di Institut Pengajian Tinggi menerusi Persatuan Bolasepak Universiti Malaysia, MUFA.

Jelas Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan KPT, Dr. Pekan Ramli, penubuhan MUFA diinsipirasikan daripada kejayaan Konfederasi Bola Sepak Universiti Korea, KUFC dan Persatuan Bola Sepak Universiti Jepun, JUFA.

Jelas Dr. Pekan, KUFC dan JUFA diberikan tanggungjawab oleh persatuan kebangsaan mewakili negara bagi kejohanan remaja disebabkan kualiti dan kemampuan yang tinggi dimiliki oleh pemain.

MUFA diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi struktur organisasi supaya lebih tersusun serta melahirkan lebih ramai tenaga jurulatih dan pengadil dalaman serta meningkatkan kualiti pemain bolasepak IPT.

MUFA juga telah menubuhkan Pasukan Bola Sepak Universiti Malaysia yang bersaing di Kejohanan Bolasepak Universiti Asean dan Liga M3.

Sekaligus KPT tidak lagi bergantung dengan Program Kecemerlangan Bolasepak di UITM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini