Sekurang – kurangnya 55 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disasar melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), menjelang 2025.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata sasaran bertepatan dengan Rancangan Malaysia ke 12 yang memerlukan kerjasama kerajaan dan industri, untuk memerkasa TVET. 

Menurutnya, Hubungan IPT dengan industri dan masyarakat juga, dilihat penting dan saling melengkapi, bagi memastikan graduan dihasilkan, berkualiti dan seiring dengan kehendak semasa.

Datuk Seri Dr Noraini turut memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan merasmikan Sambutan Minggu TVET Negara, di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, esok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini