55 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysa (SPM) disasarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), menjelang 2025.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, sasaran itu bertepatan dengan Rancangan Malaysia ke 12, selain mempunyai ijazah, graduan juga mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia.

Tambah beliau, ia memerlukan kerjasama rapat kerajaan dan industri, bagi memperkasa TVET.  Beliau berucap semasa  Perasmian Pemerkasaan TVET dan Kerjasama Strategik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia-Industri di Batu Pahat, Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini