Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat  mengalu-alukan sumbangan daripada Syarikat Korporat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau individu bagi meringankan beban penduduk yang terjejas akibat banjir.

Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Harun menjelaskan sumbangan boleh diserahkan kepada wakil di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, manakala bagi sumbangan berbentuk wang tunai boleh disalurkan terus ke Yayasan Kebajikan Negara.

Setakat ini sebanyak 400 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  telah dibuka di seluruh Malaysia melibatkan 49,863 orang penduduk.
 
Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja, seramai 534 penduduk terlibat daripada 150 buah keluarga yang terkesan.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk terjejas banjir di PPS Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini