Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( KPWM) sedia membentangkan cadangan dan gerak kerja penubuhan jawatankuasa kabinet bagi melindungi golongan rentan dalam waktu terdekat.

Perbincangan awal dan sesi libat urus berhubung jawatankuasa tersebut telah selesai diadakan di peringkat kementerian dan agensi-agensi berkaitan.

Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata penubuhan jawatankuasa tersebut akan meneliti secara menyeluruh isu-isu berkait pusat jagaan untuk dilaksanakan dengan kadar segera.

Ujarnya , menerusi operasi pemutihan yang dijalankan KPWKM bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu, sebanyak seribu 910 pusat jagaan berdaftar manakala seribu 28 pusat jagaan tidak berdaftar dikesan dan telah diberi notis peringatan.

Beliau ditemui selepas sesi lawatan ke Rumah Kanak-kanak Mini Ulu Tiram, Johor Bahru meninjau operasi dan keadaan para penghuni serta kakitangan di pusat jagaan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini