Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi projek tanaman sayur secara hidroponik dan tanaman hijau khusus untuk golongan wanita.

Menteri, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata perbincangan dan penelitian mengenai projek itu dilakukan dari semasa ke semasa bersama MAFI bagi memperkasakan wanita dalam bidang keusahawanan melalui pelbagai program, insentif serta latihan yang dianjurkan agensi kerajaan dan swasta.

Beliau terdahulu melawat Projek Tanaman Sayur Secara Hidroponik di Rumah Tamu, Bachok, Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Datuk Kamaruddin Md Nor.

Kementerian juga telah melaksanakan pelbagai program pemerkasaan wanita dengan kerjasama lebih 20 kementerian dan agensi seperti Program Successful Women dan Program TemanNita bersama Tekun Nasional.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini