Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan kesahihan mesej dan borang Google yang tular di media sosial berkaitan inisiatif pengumpulan maklumat anak-anak kematian ibu bapa akibat COVID-19.

Penafian tersebut dilakukan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta di beberapa laman sosial KPWKM sendiri.

KKMM dan KPWKM menasihati orang ramai agar tidak mudah mempercayai dan berkongsi berita atau maklumat yang diterima daripada sumber yang tidak sahih.

Orang ramai diminta agar sentiasa membuat semakan menerusi media sosial rasmi KPWKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih, tepat dan terkini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini