Kompaun RM5,000 yang dikenakan terhadap Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda (Rumah Bonda), merupakan jumlah maksimum yang boleh dikenakan dibawah Akta Pusat Jagaan 1993 (AKTA 506).

Jika tidak dibayar, pengasasnya, Siti Bainun Ahd Razali berdepan pendakwaan di mahkamah.

Kenyataan dibuat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), bagi mengulas satu hantaran di Instagram yang mempertikai nilai kompaun dikenakan terhadap Rumah Bonda hanya RM5,000.

Hantaran itu turut mendakwa Menteri, Datuk Seri Rina Mohd Harun bersubahat melindungi Rumah Bonda.

KPWKM menegaskan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan berunsur fitnah dengan niat menjatuhkan reputasi Datuk Seri Rina.

Perbincangan lanjut akan diadakan bersama Jabatan Peguam Negara dan melaporkan perkara berkenaan kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksana tindakan undang-undang terhadap Rumah Bonda sejak Julai 2021.

Siasatan mendapati Rumah Bonda tidak berdaftar dengan JKM.

Ia jelas melanggar peraturan dibawah Akta 506.

Susulan itu, premis berkenaan telah di lak dan dikenakan kompaun RM5,000.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini