Sebelum ini kami pernah paparkan pelbagai hasil kreativiti seni. Kali ini ada yang tonjolkan kreativitinya dengan menggunakan sehelai daun.

Pemilik akaun TikTok hafizi_eiji telah memuat naik sebuah video memaparkan dirinya mengukir potret Tun Mahathir di sehelai daun. Nampak mudah tapi sebenarnya perlukan kesabaran serta daya kreativiti tinggi untuk menghasilkan karya seperti itu.

Difahamkan, Hafizi mengukir potret Tun Mahathir atas permintaan pengikutnya di TikTok. Hasilnya cukup memukau para netizen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini