Di Bangkok, satu Kren tumbang dan menghempap bangunan berdekatan.

Seorang terkorban, manakala 4 cedera dalam insiden berkenaan.

Sebelum kejadian, jentera berat itu sedang melaksanakan kerja-kerja pembinaan sebuah blok apartment baharu.

Secara tiba-tiba, Kren itu tumbang dan mengenai bangunan bersebelahan.

Pasukan penyelamat menjelaskan seorang mangsa yang berada di tempat kejadian itu mati dihempap jentera berkenaan.

Beberapa rumah juga musnah dalam kejadian tersebut.

Pasukan paramedik telah dikerah ke lokasi kejadian untuk membawa mayat keluar, selain mengarahkan tempat kejadian ditutup, sebagai langkah berjaga-jaga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini