Pejabat-pejabat dan sekolah di seluruh Sri Lanka diarah tutup selama dua minggu, mulai hari ini.

Sebahagian besar pengangkutan awam pula berhenti beroperasi kerana tidak mampu untuk membayar minyak yang diimport.

Sri Lanka sedang menghadapi krisis ekonomi paling buruk sejak kemerdekaannya tujuh dekad lalu.

Delegasi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dijangka tiba hari ini bagi perbincangan dalam usaha memuktamadkan perjanjian penyelamatan negara itu.

IMF menyatakan sedang mempertimbang proses penstrukturan semula hutang bagi memberikan bantuan berkenaan.

Sejak akhir tahun lalu, negara itu tidak mampu membiayai import barangan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan minyak.

Kelmarin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan operasi bantuan darurat bagi Sri Lanka dengan mengirim bekalan makanan untuk wanita-wanita hamil di negara itu.

Menurut PBB, 80 peratus penduduk Sri Lanka terpaksa mengikat perut kerana tidak mampu membeli makanan yang mencukupi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini