Pihak berkuasa Sri Lanka mengumumkan penutupan dua minggu pejabat dan sekolah kerajaan.

Ini berikutan perkhidmatan pengangkutan awam hampir terhenti disebabkan kekurangan dolar untuk membayar bahan api yang diimport.

Kementerian Pendidikan berkata semua sekolah ditutup selama dua minggu dan pengajaran dalam talian akan dibuat jika pelajar serta guru mempunyai akses kepada bekalan elektrik.

Sri Lanka berdepan krisis ekonomi terburuk sejak mencapai kemerdekaan pada 1948 dan tidak dapat membiayai import barangan keperluan seperti makanan, ubat-ubatan dan bahan api sejak akhir tahun lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini