Ratusan penyokong parti pembangkang utama Sri Lanka, Samagi Jaan Balawegaya berkumpul di luar stesen keretapi di Colombo bagi mendesak kerajaan pimpinan Presiden Gotabaya Rajapaksa meletak jawatan.

Penunjuk perasaan menuduh Rajapaksa bertanggungjawab terhadap krisis ekonomi terburuk negara itu sambil berarak ke kediaman rasminya.

Negara dengan 22 juta penduduk itu kini hampir kehabisan bahan api dan bergelut sejak berbulan-bulan untuk mendapatkan wang yang cukup untuk membayar bahan import penting seperti makanan, gas memasak dan ubat-ubatan.

Minggu ini, Sri Lanka menutup sekolah dan berhenti memberikan bahan api kepada semua kecuali perkhidmatan penting.

Presiden, Gotabaya Rajapaksa yang dipersalahkan terhadap krisis kewangan yang berlaku kerana memberikan jawatan penting negara kepada saudaranya, dan lambat bertindak untuk mendapatkan bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah berada di bawah tekanan untuk berundur walaupun merancang untuk kekal sehingga tempoh perkhidmatannya berakhir pada 2024.

Protes ada yang menjadi ganas telah memaksa beberapa menteri utama meletak jawatan menjadikan Presiden dan Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe bergelut untuk menstabilkan negara.

Dua adik beradik Rajapaksa meletak jawatan sebagai perdana menteri dan menteri kewangan awal tahun ini akibat tekanan protes jalanan.

Pindaan perlembagaan yang dicadangkan dilihat tidak akan dapat berjaya memenuhi kehendak penunjuk perasaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini