Kerajaan sedia membantu penduduk luar bandar memperluas projek ternakan sedia ada terutamanya ayam sebagai langkah jangka masa pendek mengatasi isu kekurangan bekalan makanan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebanyak RM500 juta peruntukan agro-makanan disediakan bagi tujuan berkenaan.

Beliau berkata, permohonan peruntukan berkenaan boleh dibuat menerusi beberapa agensi berkaitan seperti Felcra, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, KEJORA di Kota Tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini