Krisis berikutan rampasan kuasa tahun lepas di Myanmar menghalang rundingan perdagangan 10 anggota ASEAN dengan rakan-rakan ekonominya.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata Myanmar menyukarkan proses membuat keputusan berasaskan kata sepakat ASEAN kerana perjanjian dengan rakan rundingan kumpulan itu boleh terhalang jika tiada kelulusan daripada mana-mana negara anggota.

Beliau mencadangkan ASEAN perlu mengambil kira sama ada hanya sembilan anggota perlu untuk mengadakan rundingan dan perjanjian.

Mengulas lanjut, ia tidak adil bagi ASEAN disebabkan hanya kerana satu pihak tidak mahu menandatangani, menyebabkan ASEAN tidak dapat meningkatkan perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) dan rakan dialog lain.

Beliau mencadangkan jika usaha ASEAN ke atas Myanmar tidak berhasil, mungkin lebih banyak tekanan antarabangsa diperlukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini