Krisis pelarian di Belarus boleh menyebabkan implikasi geopolitik yang ketara.

Wakil tetap United Kingdom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB Barbara Woodward berkata, Ia sekaligus, memberi implikasi kemanusiaan yang sangat serius.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang membincangkan krisis pelarian menyatakan , krisis semakin memuncak di sempadan Poland-Belarus.

Pada mesyuarat itu, Kesatuan Eropah, EU dan Amerika Syarikat menyelar Belarus berikutan krisis yang menyaksikan kira-kira 2,000 pelarian terperangkap di kawasan sempadan dekat Poland. Poland setakat ini enggan membenarkan pelarian merentasi sempadan negara.

Negara Eropah sebelum ini menuduh Presiden Belarus, Alexander Lukashenko mencetuskan krisis dengan memberikan visa kepada pendatang yang terkandas di sempadan Lithuania, Latvia dan Poland.

Ia dikatakan sebagai tindak balas kepada sekatan yang dikenakan oleh Brussels ke atas negara itu berikutan tindakan keras terhadap penunjuk perasan pada tahun 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini