Sekumpulan migran telah ditahan selepas merentasi sempadan Poland dari Belarus. Ia merupakan amaran, kemungkinan berlakunya pencerobohan yang lebih besar menjelang mesyuarat Kesatuan Eropah, EU untuk meluaskan sekatan ke atas Belarus. Polis melaporkan, 50 migran telah merentasi sempadan EU dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO yang dikawal ketat secara paksa berhampiran perkampungan Starzyna pada Sabtu.

Mereka kemudiannya ditahan. Ribuan migran dari Asia Barat berkhemah di sempadan EU-Belarus. Ia menyebabkan berlakunya perselisihan antara EU dan Amerika Syarikat di satu pihak dan Belarus dan sekutunya Rusia di pihak yang lain.

Negara-negara Barat menuduh regim Presiden Belarus, Alexander Lukashenko sengaja mencipta krisis dengan menggalakkan pelarian datang ke Belarus dan kemudian membawa mereka ke sempadan. Belarus menafikan tudukan tersebut.

Agensi bantuan pula melaporkan 10 migran telah meninggal dunia setakat ini dan memberi amaran berlakunya krisis kemanusiaan apabila suhu turun di bawah paras beku. Di kem terbesar berhampiran kampung Bruzgi, pihak berkuasa Belarus mengatakan terdapat 2,000 pelarian termasuk wanita mengandung dan kanak-kanak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini