Pelabuhan-pelabuhan di Malaysia tidak berurusan secara langsung dengan mana-mana pelabuhan di Ukraine, sebaliknya, lebih menumpukan pelabuhan di Turki dan Malta 2.
Justeru menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, kesan langsung akibat krisis Rusia-Ukraine yang masih diteliti pihaknya bukan dari segi impak ke atas pelabuhan tetapi terhadap perniagaan.