Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengulangi amaran kepada Kremlin agar tidak melakukan sebarang agresi ketenteraan terhadap Ukraine atau sedia berdepan akibatnya.

Bagaimanapun, beliau menolak sebarang kemungkinan penglibatan tentera AS dalam konflik tersebut meski terdapat usaha memperkukuh pertahanan NATO di wilayah tersebut.

Minggu lalu, kedua pemimpin mengadakan sidang video khas bagi membincangkan beberapa isu berbangkit antara dua negara. Turut dibincangkan, kehadiran tentera Rusia di sempadan Ukraine yang dilihat sebagai provokasi kepada sekutu AS.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini