Ketegangan konflik Rusia-Ukraine semakin meningkat diburukkan lagi dengan laporan sebuah jeep diletupkan berhampiran bangunan kerajaan di bandar Donetsk, Ukraine.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemberontak pro Rusia telah mengarahkan penduduk bertenang dan tidak keluar rumah susulan insiden itu.

Saksi memberitahu, letupan tersebut turut menjejaskan beberapa bangunan berhampiran dan media Rusia mendedahkan jeep tersebut adalah milik ketua kumpulan pemisah dikenali Denis Sinenkov.

Setakat ini, tiada pengesahan lengkap mengenai serangan tersebut dan dalang di sebalik letupan.

Semalam, puak pemberontak pro Rusia bertindak memindahkan orang awam  dari zon konflik di timur Ukraine.

Beratus ribu penduduk terdiri wanita, warga emas dan kanak-kanak telah dipindahkan berikutan ramalan Barat yang percaya Moscow akan menceroboh Ukraine dalam masa terdekat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini