Keluarga dan penjaga kepada penghuni penjara dibenar membuat lawatan perjumpaan sempena sambutan Hari Krismas bermula 26 hingga 31 Disember ini.

Seorang penghuni hanya dibenar menerima sekali sahaja lawatan daripada ahli keluarga tertakluk kepada janji temu.

Menurut Jabatan Penjara, perjumpaan boleh dibuat melalui dua pilihan iaitu secara e-mel jabatan atau panggilan video dan bersemuka untuk pelawat yang sudah lengkap vaksin.

Masa perjumpaan dihadkan kepada setengah jam, bergantung kepada situasi institusi penjara.

Hanya dua pelawat dibenarkan dalam kalangan keluarga yang ditetapkan pihak penjara.

Tempahan janji temu boleh dibuat secara dalam talian, panggilan telefon, e-mel atau surat ke institusi berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini