Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2021 meletakkan isu yang melibatkan ibadah umat Islam iaitu berkaitan Kriteria Imkanur Rukyah sebagai isu utama perbincangan.

Penolong Pengarah Kanan Seksyen Kajian Falak Bahagian Penyelidikan JAKIM, Khairul Anuar Yazid berkata, perkara itu dilaksana secara bersama setelah kajian dilakukan selama 18 tahun.

Hasil kajian cerapan yang dijalankan mendapat kerjasama daripada Institusi Pengajian Tinggi, Jabatan Ukur, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri serta agensi lain bagi menghasilkan bahan dari segi kriteria bagi pembentukan takwim Islam setiap tahun.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berharap penganjuran program ini dapat menjadi platform kepada perkembangan ilmu dan memberi manfaat kepada masyarakat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini