Kriteria membawa masuk pekerja asing sebagai pengawal keselamatan akan lebih teliti dan tepat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan, walaupun sektor keselamatan memerlukan sehingga 150,000 pengawal keselamatan untuk mengisi kekosongan di seluruh negara.

Namun, tapisan kepada latar belakang pekerja yang diambil akan lebih terperinci.

Perbincangan dengan negara  sumber seperti Nepal, Bangladesh dan Pakistan telah diadakan tetapi kriteria ketat perlu mereka patuhi.

Beliau ditemui dalam Majlis Jamuan Aidilfitri Jabatan Imigresen Malaysia 2022 di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini