Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bakal memperkuat persiapan skuad Bunga Raya 15 sebelah negara yang akan menghadapi Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) 2022, Januari hadapan. Ia termasuk perancangan membawa masuk beberapa pemain dari pasukan 7 sebelah negara.

Menurut Timbalan Presiden KRM, Amir Amri Muhammad, perbincangan tersebut akan diteruskan sejurus selepas skuad Bunga Raya 7 sebelah menghabiskan kejohanan di Dubai, November depan. Tambahnya, perancangan itu dibuat disebabkan ramai pemain 15 sebelah negara kini berkelana di luar negara selain jadual yang bertindih dengan kejohanan ARC.

Kini skuad Bunga Raya 15s sedang menunggu kehadiran jurulatih baharunya Rodney So’oialo yang merupakan bekas bintang pasukan All Black. Rodney akan tiba di Kuala Lumpur 31 Oktober ini dan akan dijangka melaporkan diri bersama skuad kebangsaan 22 November sejurus selepas tamat kuarantin.       

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini