Pelakon dan kru penerbitan drama Sara Sajeeda terkandas lebih seminggu di Lahore, Pakistan. Ia berikutan ketegangan negara itu dengan India yang masih berlarutan. Menurut penerbit Zeel Production Sdn Bhd, Fadzil Teh, mereka sepatutnya pulang ke tanah air pada 1 April lalu, namun disebabkan ketegangan yang berlaku, penerbangan mereka ditangguhkan. Terdahulu ketegangan antara kedua-dua negara bermula selepas 42 polis separa tentera India terbunuh akibat serangan bom nekad di Kashmir tadbiran India, 14 Februari lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini