Kru Shenzhou-13 di Stesen Angkasa Tiagong menyambut Tahun Baru Cina di angkasa lepas buat pertama kali.

Tiga angkasawan itu menghiaskan modul teras stesen berkenaan dengan tanglung dan seni tulisan kaligrafi ‘Chun Lian’.

Menurut media tempatan CCTV, semua hiasan itu dibawa kru ketika pelancaran ke Shenzhou-13 Oktober tahun lalu mebabitkan program selama enam bulan.

Mereka turut membawa ladu dengan pelbagai perisa untuk dinikmati sempena ketibaan Tahun Harimau pada 1 Februari.

Tiga angkasawan itu juga akan menonton gala Festival Musim Bunga 2022 secara langsung melalui siaran CCTV, iaitu persembahan hiburan dengan jumlah penonton paling besar di dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini