Sistem kad pengenalan mengikut sektor bagi pekerja warga asing, bakal diperkenal Kementerian Sumber Manusia.

Keperluan itu bagi mengatasi masalah pekerja asing yang dilaporkan berpindah ke sektor lain, sewenang-wenangnya.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata selain itu, ia juga akan memastikan para majikan membawa masuk pekerja asing mengikut
saluran betul.

Kementerian juga mendapati ramai majikan yang mengambil kesempatan dengan mengambil pekerja asing dari sektor berlainan bagi tujuan pembayaran levi yang lebih rendah.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penutup Karnival Kerjaya JaminKerja negeri Perak 2022 di Kompleks Belia dan Sukan, Tapah.
 
Menerusi karnival yang diadakan selama dua hari bermula semalam, beliau memberitahu 8,615 kekosongan jawatan yang ditawarkan dengan 374 individu telah ditemuduga.##

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini